Isnin, 7 Januari 2013

MAZLAN ALIMAN TERJEBAK KERANA FITNAH

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman kini terjebak dalam fitnah yang direka oleh beliau selama ini apa bila Felda melalui peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak memfailkan writ saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Felda menyaman Mazlan Aliman kerana fitnah yang dibuat oleh beliau didalam laman facebook pada 19 November tahun lepas.

Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Lepas ni Mazlan perlu berhati hati jika ingin mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial tak kira sama ada facebook atau twitter atau sebagainya.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: