Isu air yang melanda beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur terus meruncing.
Rata rata rakyat di kawasan yang dilanda masalah ini sudah mula merasa bosan dengan permasaalahan yang tidak selesai selesai ini.
Ada yang menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan ada juga yang menyalahkan Barisan Nasional kerana tidak menjalankan tanggungjawab.
Bagi Sangkakala pula, Barisan Nasional perlu juga bertanggungjawab dalam membantu rakyat dikawasan yang terlibat kerana kita semua sedia maklum bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu untuk mengurus tadbir hal hal sebegini.
Tidak dengan hanya menyalahkan mana mana pihak kerana gagal, Barisan Nasional perlu mengambil jalan alternatif bagi membantu rakyat, tidak kira sama ada rakyat di negeri itu di bawah kerajaan Barisan Nasional atau di bawah Pakatan Rakyat.
Isu loji Langat 2 tidak boleh dijadikan batu pengukur untuk menghukum rakyat di negeri Selangor kerana yang bermasalah adalah kerajaan negeri dan bukannya rakyat.
Barisan Nasional Sangkakala harap tidak menghukum rakyat Selangor kerana rakyat ini akan menghukum kerajaan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya yang akan datang.
Satu lagi Sangkakala harap kepada Ketua UMNO Cheras yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, jangan asyik menyalahkan pihak itu dan ini, cari jalan untuk menyelesaikan masalah, kalau kita asyik menyalahkan lain lain pihak, ianya tidak akan dapat membantu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan