Khamis, 3 Januari 2013

RAFIZI KELUARKAN KENYATAAN PENYELAMAT DIRI

Setelah mendapat kemaluan yang besar semalam, hari ini Rafizi 'jambu' mengeluarkan kenyataan penyelamat diri.

Dengan dokumen yang tidak diakui oleh Deepak sebagai milik beliau, menjadi tamparan hebat kepada Rafizi.

Hari ni pula dalam Malaysiakini beliau mengatakan bahawa Deepak bertindak tanpa dinaungi oleh sesiapa berikutan kenyataan si penjual karpet itu semalam bahawa beliau tidak mendapat sokongan daripada Anwar Ibrahim.

Sekali lagi Rafizi menganggap bahawa rakyat Malaysia bodoh, dengan kenyataan Deepak semalam bahawa beliau berasa kecewa terhadap ketua pembangkang yang tidak menyokong beliau walaupun sebelum ini beliau ada berjumpa dengan ketua pembangkang tersebut.

Perlu diingat oleh Rafizi bahawa ayat pernah berjumpa membuktikan bahawa pembangkang khusunya PKR terlibat dalam semua fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan serta pemimpin kerajaan.

Tapi Sangkakala faham, Rafizi terpaksa mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk menyelamatkan diri beliau daripada tidak menjadi calon akibat kebodohan yang ditunjukkan oleh beliau semalam.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: