Khamis, 3 Januari 2013

PUSING KENYATAAN MEMANG MAINAN PEMBANGKANG

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (gambar) yang mengatakan bahawa UMNO takut untuk memberi kebenaran kepada Presiden parti itu dilihat adalah untuk menyelamatkan Haji Hadi yang sudah terlepas cakap.

Haji Hadi selaku Presiden PAS dan pernah mengeluarkan amanat haji hadi pada tahun 1981 mencabar kerajaan supaya memberikan kebenaran kepada beliau untuk bersiaran langsung kaca tv selama sejam.

Tidak lama selepas itu Menteri Penerangan kesenian dan kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengeluarkan satu kenyataan dengan membenarkan haji hadi berbuat demikian.

Namun beberapa ulama pula meminta untuk menjadi panel dalam siaran langsung tersebut demi untuk memperbetulkan amanat yang dikatakan telah membuatkan rakyat di negara ini khususnya orang islam berpecah belah.

Apa yang peliknya, begitu banyak blogger dan Vlogger dalam Pakatan Rakyat, kenapa tidak digunakan sahaja mereka ini dan dimasukkan kedalam laman youtube untuk dipertontonkan kepada rakyat, tapi dengan syarat ianya mestilah disertai oleh alim ulama bagi memastikan supaya kenyataan hadi tidak bercanggah atau berpusing pusing dan ini juga membolehkan para ulama ini membuat pertanyaan tentang isu tersebut.

Itu pun kalau haji hadi berani memberikan kenyataan sebenar, kalau tidak ianya akan terus menjadi teka teki dan yang pastinya sekarang ialah haji hadi cuba menaci jalan bagi mengelak beliau terus di persalahkan oleh rakyat dalam isu amanat haji hadi.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: