Jumaat, 4 Januari 2013

BETAPA KURANG AJARNYA PENGIKUT PAKATAN HINGGA KEMATIAN DIJADIKAN BAHAN POLITIK

Dalam negara merasakan kehilangan seorang pahlawan yang gagah berani, masih ada lagi pengikut totok pakatan rakyat yang mempolitikkan kematian pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau.

Inilah sifat pengikut politik pembangkang yang tidak tahu mengenal untung, berbicara dengan tanpa usul periksa, menghina kematian mendiang yang kononnya adalah pengikut UMNO.

Punyalah bodoh pengikut pengikut pakatan rakyat ni, mana ada UMNO di Sarawak tu, kalau dah itu pun tak tau, baik jangan bermain dengan politik, buat malu pada pemimpin parti je.

Walaupun Sangkakala membesar bukan di zaman komunis, Sangkakala tetap ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mendiang diatas pengorbanannya mempertahankan tanah air.

Bagi pengikut pengikut pakatan rakyat, cukup cukuplah berpolitik hinggakan kematian seseorang juga hendak dipolitikkan, adakah itu ajaran pemimpin dalam pakatan kepada pengikut pengikut mereka?

Sedar sedarlah, jika tiada pahlawan seperti mendiang, sudah pasti kamu semua tidak akan mampu untuk memberikan komen dalam portal Malaysiakini seperti gambar yang Sangkakala masukkan diatas.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sempat merasa di zaman komunis masih ada waktu kecil-kecil dahulu. Pernah terlihat satu insiden yang mengharukan dan sedikit lucu pun ada.

Waktu itu jiran selang 2-3 rumah ialah seorang wira askar yang sering membuat operasi memburu komunis di hutan selama berminggu-minggu meninggalkan anak-isteri di rumah.

Satu hari sewaktu saya dan rakan-rakan sedang bermain di luar rumah lori askar menghantar si suami pulang dari operasi dan isteri yang waktu itu sedang menyidai baju dalam keadaan berkemban (waktu awal lewat 1970 an 1980 an berkemban ialah perkara biasa) begitu terkejut melihat kepulangan suami lalu terus berlari mendapatkan si suami hingga terjatuh kain kembannya dan tersungkur. Setelah diperbetulkan kain kemban lalu mereka berpeluk cium bukan dalam keadaan menghairahkan tetapi kami dapat lihat betapa rindunya sesama mereka. Kami kanak-kanak waktu itu ketawa melihat insiden ini.

Bila dewasa barulah saya faham betapa tugasan si suami begitu bahaya. Hidup dan mati tidak tentu. Anak-isteri di tinggalkan. Betapa besar pengorbanan mereka sehingga negara aman hingga waktu sekarang.

Terimakasih Datuk Temengung Kanang anak Langkau. Semoga Tuhan memperlihatkan sifat kasih sayang mutlakNYA.

Tanpa Nama berkata...

ipoh mali..ramai lagi "KANANG" yg mahu belasah mat sabun..