Sangkakala baru mendapat berita dari penduduk di PPR seksyen 8 Kota Damansara yang mengatakan bahawa mereka mendapati yang mereka kini seolah olah ditipu oleh pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berkenaan dengan deposit kemasukan elektrik ke premis kediaman mereka.
Menurut beberapa orang penduduk, mereka sebelum ini menggunakan meter elektrik atas nama MPPJ dan mereka perlu membayar deposit untuk kemasukan meter elektrik sebanyak RM 100 bagi setiap rumah kepada MPPJ.
Apa yang menjadi pertanyaan dan persoalan penduduk ialah, bermula dari semalam, pihak Tenaga Nasional Berhad bersama sama MPPJ telah mengadakan operasi pemotongan bekalan elektrik terhadap premis yang menggunakan meter atas nama MPPJ dan mereka dikehendaki membayar RM 100 lagi sebagai deposit meter yang baru kepada TNB sedangkan mereka telah membuat pembayaran kepada MPPJ dan kemanakah wang deposit yang dibayar oleh penduduk kepada MPPJ menghilang?
Ada penduduk mengatakan bahawa ini adalah satu penipuan oleh MPPJ kerana sekiranya mereka meminta untuk penduduk menukarkan nama meter tersebut kepada nama penyewa, maka deposit yang di bayar kepada MPPJ perlu dipulangkan semula tapi MPPJ tidak berbuat begitu.
Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, persatuan penduduk perlu melakukan sesuatu bagi membela nasib penduduk yang dianggap teraniaya oleh penipuan ini, dan rata rata penduduk yang ditemui berkata mereka meminta supaya persatuan penduduk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan