Khamis, 10 Januari 2013

TITAH SULTAN JADI PERMAINAN

Baru baru ini Sultan Selangor yang menjadi payung kepada pemerintahan untuk rakyat negeri Selangor telah bertitah bahawa penggunaan perkataan Allah tidak dibenarkan di negeri tersebut.

Namun titah itu seoalah olah kata kata seorang anak kecil yang boleh disanggah atau dilupakan begitu sahaja oleh kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa kerajaan negeri tiada halangan dalam penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu sekaligus menidakkan titah Baginda Sultan.

Jika di zaman dahulu, titah Sultan merupakan arahan mutlak dan tidak boleh ditentang dan setiap penentang bagi titah tersebut akan dianggap sebagai penderhaka, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara China juga, titah Maharaja tidak boleh diingkari.

Adakah Khalid sanggup menjadi penderhaka terhadap Baginda Sultan dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak menghalang penggunaan tersebut sedangkan titah Sultan mengatakan bahawa ianya tidak dibenarkan.

Rakyat Selangor perlu memandang serius perkara ini dimana apa yang Sangkakala nampak, Khalid sanggup untul menderhaka hanya semata mata kerana itu adalah kehendak politik dimana selaku Menteri Besar beliau perlu juga ingat bahawa beliau adalah salah seorang pegawai eksekutif di dalam Istana.

Ini juga bermakna beliau tidak mengiktiraf Sultan yang telah memperkenankan beliau sebagai Menteri Besar di negeri tersebut.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: