Jumaat, 4 Januari 2013

NGEH & NGA MAKIN TERTEKAN SAMAN BLOGGER UNTUK TUTUP KESALAHAN

Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham semalam menyatakan bahawa beliau dan sahabat beliau Nga Kok Meng akan memfailkan saman kepada seorang blogger dan juga akhbar berita harian kerana dikatakan memfitnah beliau berkaitan dengan tanah di Kelantan.

Agaknya Ngeh dah menerima tekanan yang hebat dan beliau mungkin juga ingin menunjukkan bahawa beliau telus dalam pemilikan ladang tersebut di Kelantan.

Mengaku je la Ngeh, nak selindung dengan cara saman blogger dan akhbar ni cerita lama, sekarang semua rakyat dah nampak dan tahu apa yang terjadi, nak pusing cerita pun dah terlambat, lagi satu kekayaan untuk membeli syarikat tersebut pun dari mana agaknya?

Mungkinkah pelabur seperti yang didakwa oleh Ngeh sanggup mengeluarkan pelaburan hanya kerana beliau seorang ahli parlimen dan juga selaku ketua sebuah parti politik di Perak?

Yang ini semua perlu bersangkutan dan perlu di siasat oleh badan penyiasatan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak saman apa yg dituduh itu akan dinyatakan benar. bila saman, dah kata nak tutup mulut blogger yg menulis berita pulak. Tak saman salah, saman pun salah. Mana satu yg betul. Kalau nak siar berita, biarlah secara jujur, dan bertanggungjawab, tanpa memihak. Biarkan ia dibawa ke mahkamah untuk tentukan, siapa yang benar dan siapa yang salah.