Ahad, 6 Januari 2013

LEPAS DIKAFIR DI BINATANGKAN PULA BETAPA HINANYA PEMIMPIN PAS

Selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO lebih kurang 32 tahun yang lalu, kini Nik Aziz pula mengatakan bahawa UMNO tak ubah seperti binatang, adakah ini mentaliti pemimpin  PAS yang dikatakan maksum?

Sangkakala rasa pemimpin PAS perlu muhasabah diri dan menginsafi dengan setiap apa yang mereka lakukan selama ini, mengkafirkan UMNO bermakna mengkafirkan pengikut UMNO yang kesemuanya adalah melayu Islam.

Jadi mengibaratkan UMNO seperti binatang, adalah sama juga mengatakan bahawa ahli UMNO itu adalah binatang, kerana UMNO itu adalah sebuah parti dan ditunjangi oleh ahli ahlinya sama juga seperti PAS.

Seteruk teruk pemimpin UMNO seperti yang dituduh oleh PAS dan sekutunya, belum ada seorang pun pemimpin parti UMNO mengkafirkan atau mengibaratkan PAS sebagai haiwan atau binatang walaupun pelbagai perkara serong dilakukan oleh pemimpin mereka.

Rakyat perlu menolak pemimpin pemimpin yang sebegini kerana sebagai seorang umat islam dan orang melayu, kita telah diajar cara cara tatasusila dan adap sopan.








Tiada ulasan: