Ahad, 6 Januari 2013
JALAN TINGGAL KENANGAN DI KELANTAN
Apa nak jadi jalan ni? bila nak siap agaknya? Adakah ianya menunggu satu keajaiban turun dari langit? Pelbagai alasan diberikan oleh PAS Kelantan dalam isu yang membabitkan lebuhraya rakyat yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai ini.
Namun semua alasan tersebut tidak dapat menutup kelemahan kerajaan Kelantan dalam memajukan negeri setelah begitu lama memerintah.
Kutipan dijalankan, sumbangan dikutip dari semua pihak tetapi malang sekali ianya masih tidak menampakkan kejayaan.
Kemana semua hasil kutipan dan sumbangan yang telah dihulurkan kepada kerajaan Kelantan untuk membina lebuhraya ini? Adakah ianya telah hilang atau masih dalam simpanan dan akan digunakan semasa pilihanraya nanti?
Semua itu perlukan jawapan dari kerajaan Kelantan kerana pihak yang menyumbang adalah ikhlas dalam memberikan kemudahan kepada rakyat dan janganlah ianya disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri semata mata.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan