Ahad, 6 Januari 2013

ANGKUHNYA ORANG BERNAMA HAJI HADI

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dengan angkuhnya mengatakan hari ini bahawa beliau tidak sesekali akan menarik semula apa yang dikatakan oleh beliau semasa ucapan pada tahun 1981 hingga ianya diangkat sebagai amanat oleh pengikut tegar PAS.

Sikit pun beliau tidak merasa bersalah atau berdosa dengan apa yang telah berlaku dan apa yang telah terjadi kepada pengikut PAS setelah beliau mengeluarkan amanat tersebut.

Malah beliau dengan penuh kesombongan menyanggah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan tidak mengeluarkan fatwa atau menghantar surat kepada beliau untuk memberi penjelasan berhubung isu amanat tersebut.

Beliau juga seolah olah ingin meminta semua rakyat Malaysia melupakan sahaja amanat tersebut yang jelas terpesong.

Ini adalah petikan dari amanat tersebut, "Saudara-saudara sekalian. Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..."-Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Daripada apa yang dikatakan oleh Haji Hadi seperti diatas, masih tidak jelas lagi kepada beliau dengan maksud serta makna apa yang diucapkan oleh beliau di Kampung Banggol Peradong, Manir kira kira 32 tahun lalu.

Boleh kah pemimpin yang angkuh ini diangkat sebagai pemimpin untuk sebuah negara yang aman seperti Malaysia?

Fikir fikirkanlah...








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: