Selasa, 8 Januari 2013

DEEPAK NAK BAWA SIAPA PEGI MELANCONG KE MALDIVES

Deepak Jaikishan mengatakan bahawa beliau sanggup untuk membeli semula tanah di Bukit Raja daripada Boustead yang dijual dengan harga RM 160 juta kerana nilai tanah itu kini mencecah RM 400 juta.

Cukup mudah urusan ahli perniagaan ni, bila masa sesak jual untuk tebus bala yang bakal menimpa tapi bila dah boleh bernafas, beliau nak ambil semula tanah tersebut.

Sangkakala juga berasa sangsi apabila beliau mengatakan bahawa jika beliau menjual tanah tersebut dengan harga RM 350 juta, beliau masih mempunyai wang yang cukup untuk membawa semua orang bercuti ke Maldives, tapi siapa yang di maksudkan oleh Deepak tentang 'semua orang ' itu?

Adakah ianya menunjukkan kepada pihak pembangkang yang beriya iya membela ahli perniagaan yang dilihat mempunyai agenda tersendiri ini?

Mungkin Deepak juga berjanji kepada orang orang yang membantu beliau dalam usaha untuk memfitnah dan mereka meraka ini semua mempunyai kepentingan politik dan perniagaan.

Deepak contohnya, mendapat keuntungan dari segi perniagaan dengan fitnah yang disebarkan dan ada pihak pula menangguk diair keruh melalui fitnah tersebut untuk kepentingan politik.

Jadi ahli perniagaan ini secara tidak langsung memang tidak boleh dipercayai memandangkan ada unsur unsur keuntungan perniagaan di situ. Dan ini juga membuktikan bahawa semua yang beliau ucapkan tentang perjuangan ikhlas beliau adalah palsu dan tidak berasas.





Tiada ulasan: