Selasa, 8 Januari 2013

KHALID NAK IKUT ATAU NAK INGKAR

Sama ada mahu mengikut apa yang dikehendaki oleh DAP atau menjunjung titah DYMM Sultan Selangor yang tidak membenarkan penggunaan perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam di negeri itu tiada siapa yang tahu.

Khalid selaku Menteri Besar dan juga memegang potfolio  EXCO agama Negeri tersebut (selepas hasan ali) sudah pasti serba salah.

Dalam negara kita, Sultan adalah ketua kepada agama Islam dalam sesebuah negeri dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pula adalah ketua kepada Agama Islam dalam negara.

Jadi oleh itu Khalid perlu faham, sekiranya ketua Agama Islam tidak memberi kebenaran jangan nanti pula pandai pandai kata nak bagi mentang mentang dah pegang jawatan menteri besar.

Tapi jika memikirkan jawatan beliau dalam negeri sebagai menteri besar pula ada kemungkinan Khalid akan mengatakan bahawa Sultan tidak boleh campur tangan dalam urusan politik.

Kita sama sama tengok nanti apa akan jadi kepada Khalid, perintah siapa yang beliau akan turuti, DAP atau Sultan? Sama sama kita saksikan.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi & Anwar dah ambil kuasa SPBYDP Agong dengan mengistiharkan agama lain bolih menggunakan kalimah ALLAH. Merekakan bertuhankan DAP, Khalid hanya burung Kakak Tua.