Sabtu, 5 Januari 2013

APA MATLAMAT IDHAMCARE TITI SERONG DITUBUHKAN

Wahhh...apa dah jadi ni? besar sungguh Kompleks Pendidikan Darul Anwar yang telah dibina di kawasan Titi Serong Parit Buntar ni ye? Mana pegi semua batu batan dan kompleks berbumbung ala ala bangunan Maharaja China di kawasan ni?

Menurut kata penduduk setempat, pemilik komplek ini adalah ADUN Titi Serong sendiri dan dikhabarkan juga beliau ada membuat kutipan secara wakaf kepada orang ramai, tapi dah bertahun juga dengar cerita ni, namun apa yang ada hanyalah papan hijau seperti gambar diatas.

Adakah orang yang menyumbang telah dibohongi oleh pembangunan komplek ni? Berapa banyak sumbangan yang telah diterima oleh IDCare selaku Badan Bukan Kerajaan (tidak pasti pendaftarannya) dari orang ramai?


Apakah makna semua ini? Dimana atau kemana duit sumbangan selama ini yang dihulurkan oleh orang ramai hilang? Telus atau tidak pembangunan kompleks ini atau ianya adalah retorik semata mata untuk menunjukkan bahawa PAS Titi Serong ingin membuat perubahan?



Pada kebiasaanya, sebuah NGO mestilah berdaftar sebelum membuat kutipan atau sumbangan atau apa juga berupa bantuan, dan setiap NGO tersebut setelah didaftarkan, ianya akan mempunyai nombor pendaftaran, tapi Idham Care ini Sangkakala tak nampak pula nombor kelulusan atau pendaftaran, jadi bila masa berdaftar, atau adakah ianya juga adalah sebuah NGO haram yang mengutip sumbangan untuk kegunaan sendiri?

Sangkakala juga ada melawat ke Page Facebook Idham Care, namun tak terdapat apa apa maklumat seperti yang Sangkakala harapkan dan seperti yang kita ketahui bahawa page ini boleh ditutup pada bila bila masa. <klik>

Sangkakala juga ada melawat ke portal Idham Care <klik> , apa yang terdapat didalam adalah seperti berikut.

1. Menyatukan semua golongan masyarakat .
2. Menganjurkan sebarang aktiviti bagi faedah masyarakat khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf hidup, pendidikan, kemahiran dan integriti/jatidiri.
3. Memperbaiki rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak dan iktisad masyarakat.
4. Memperbaiki semangat persahabatan dan persefahaman seluruh masyarakat.
5. Menggalakkan masyarakat bertanggungjawab didalam hal ehwal tatarakyat dan kemasyarakatan dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat.
6. Mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada seluruh masyarakat.
7. Menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada Negara.
8. Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan NGO sama ada diperingkat daerah, negeri dan peringkat nasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.


Ini pula agenda yang dikatakan akan dijalankan oleh Idham Care

1. Bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal
2. Bantuan mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banjir.
3. Lawatan kepada warga terlantar, fakir miskin, sakit dan sebagainya
4. Bantuan peralatan sukan dan yang berkaitan untuk remaja.
5. Bantuan untuk megadakan perayaan hari besar Islam seperti ceramah dan sebagainya.
6. Segala kegiatan yang difikirkan bersesuai dengan keadaan semasa bagi membantu pelbagai pihak dengan program yang bersesuaian.


Persoalannya disini, adakah semua yang diatas itu telah berjaya direalisasikan?

Dari apa yang Sangkakala ketahui dari masyarakat setempat, mangsa bencana selama Drs Khalil Idham Lim menjadi wakil rakyat dan selama IdhamCare diwujudkan tidak pernah mangsa menerima  bantuan, segala bantuan cuma dihulurkan oleh UMNO bahagian Parit Buntar.

Hanya rakyat Titi Serong yang boleh menilai apa matlamat penubuhan IdhamCare dan apa yang telah dilakukan oleh NGO yang tidak pasti sama ada sah atau tidak ini.







1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak umno dicabar buat laporan polis terhadap yb ini jika berani. jangan jadi bacul, penakut nak berjumpa polis.