Sabtu, 5 Januari 2013

BUKAN BARU SEKARANG MUJAHID BUAT PERANGAI

Kecewanya hati seorang ayah yang telah memberikan pendidikan kepada seorang anak yang diharap apabila sudah menjadi dewasa mampu untuk mempertahankan agama Islam serta bangsanya daripada dipermain mainkan oleh bukan Islam dan bukan Melayu.

Namun itu semua sudah berlalu dan seperti kata orang lama lama dulu 'nasi sudah menjadi bubur', tidak ada apa lagi yang perlu diperkatakan.

Dr Mujahid Yusof Rawa benar benar telah mengecewakan bapa beliau selaku seorang ulama terkenal di Parit Buntar, bahkan beliau juga telah memberi nama buruk kawasan tersebut apabila  beliau sebagai Ahli Parlimen bersama sama Ahli Parlimen Lembah Pantai duduk semeja dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh pertubuhan kristian dan disitu juga beliau berdiam diri apabila  Nurul Izzah megatakan perlu memberi kebebasan beragama kepada orang melayu.

Itu yang Sangkakala tau, rupanya ada lagi perkara hampir sama sebelum itu telah dilakukan oleh Dr Mujahid, tapi di Negeri Pulau Pinang.

Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) hari ini meminta penjelasan kepada Mujahid tentang kalimah Allah yang kononnya Mujahid juga menyokong sekiranya kalimah tersebut digunakan oleh bangsa serta agama lain.

klik gambar untuk video


Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri tersebut kira-kira dua tahun lalu.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali, maklumat lanjut sila klik <disini>

Mungkin ke video tersebut macam diatas atau ada lagi video yang lebih panas? Sama sama kita nantikan.

Apa apa pun Sangkakala juga berasa kecewa apabila anak kepada Allahyarham Bekas Presiden PAS ini tidak lagi mengikut landasan perjuangan Allahyarham, sanggup mengeluarkan kenyataan yang sebegitu semata mata untuk menjadi wakil rakyat dan memastikan beliau menjadi calon dan dipilih oleh pucuk pimpinan.






 

Tiada ulasan: