Sabtu, 5 Januari 2013

EXCO SELANGOR JANGAN PUTAR CERITA

EXCO kerajaan Selangor yang sorang ni mungkin kurang cerdik walaupun berstatus doktor.

Mana taknya, beliau mengatakan bahawa SYABAS angkuh dan tidak mahu menggunakan lori tangki yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi mengangkut air ke kawasan terlibat dengan masalah itu baru2 ini.

Beliau juga berkata bahawa SYABAS perlu berhubung dengan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan tersebut.

Bukankah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat menghadapi krisis bekalan air akibat kerosakan rumah pam milik syabas.

Kenapa SYABAS pula perlu berhubung? Sepatutnya kerajaan menawarkan lori tangki tersebut, bukan menunggu syabas datang meminta bantuan.

Sangkakala juga yakin, sekiranya SYABAS meminta bantuan atau menggunakan lori tangki milik kerajaan negeri itu ianya akan menjadi bahan politik pembangkang akhirnya, jadi syabas Sangkakala ucapkan kepada SYABAS yang mengambil tindakan bijak tapi masalah dapat diselesaikan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mangkok ni patut tau syabas 30% saham bawah kerajaan negeri,wakil kerajaan ada dalam board syabas,tak kan tidor je tak ambil tau ke,bodoh punya exco