Sabtu, 5 Januari 2013

PAS MAKIN TERDESAK TALIAN HAYAT DIPERLUKAN

Mungkin menyedari bahawa sokongan terhadap mereka semakin kurang, Pemuda PAS Pusat terpaksa 'MENGERAH' 100,000 ribu ahli pemuda parti itu bersama pakatan mereka untuk menghadiri himpunan pada 12 januari nanti.

Perkataan mengerah itu tak ubah seperti satu paksaan untuk anak anak muda hadir ke himpunan tersebut. Adakah PAS begitu terdesak hingga memaksa anak muda yang menyokong mereka untuk menghadirkan diri?

Mungkin juga PAS serta parti pakatan mereka sudah mula merasakan bahawa himpunan ini akan menemui kegagalan kerana tidak ada rusuhan seperti yang dilakukan semasa himpunan BERSIH dahulu.

Kita semua dapat melihat betapa mereka ini begitu ganas semasa himpunan BERSIH di Kuala Lumpur hingga menyebabkan kerosakkan harta benda serta kecederaan terhadap anggota polis serta orang ramai.

Menurut kata Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Pemuda Pakatan Rakyat akan ke Stadium Merdeka pada 7 Januari ini bagi menyerahkan memorandum agar pihak pengurusan stadium membenarkan Himpunan Kabangkitan Rakyat diadakan di situ kerana sehingga hari ini pihak sekretariat himpunan masih belum mendapat keputusan rasmi daripada pihak berkenaan.

Mungkin pihak pengurusan stadium takut akan berlaku kerosakan pada stadium kerana sudah terbukti bahawa pengikut pengikut Pakatan Rakyat terlampau ganas dalam semua himpunan yang dilakukan oleh mereka.






Tiada ulasan: