Selasa, 8 Januari 2013

PAS MASIH BERDIAM DIRI ISU BIBLE

Kalau dah sampai 100'000 naskhah kitab bible menggunakan perkataan 'Allah' yang akan dicetak oleh DAP dan akan diagihkan secara percuma kepada rakyat di negeri negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat apa akan jadi nanti?

Itu adalah persoalan yang perlu dijawab oleh PAS yang menjadi salah satu parti yang berada dalam Pakatan. Adakah mereka ini akan berdiam diri atau mereka tetap membela DAP dengan ,mengatakan bahawa kitab tersebut tidak akan diberi kepada orang melayu Islam?

Jika perkara ini dibiarkan sudah pasti nanti kekeliruan akan terjadi dikalangan anak nak melayu dimasa hadapan.

Mungkin juga PAS hanya memikirkan kehidupan di masa ini tapi bagaimana pula dengan anak anak yang masih belum mengerti apa apa dan yang bakal dilahirkan setelah kitab bible ini dikeluarkan dengan menggunakan perkataan Allah?

Persoalan demi persoalan dikemukakan dan ianya masih tidak mendapat apa apa respon dari kepimpinan PAS atau Dewan Ulama parti tersebut.

Kalau ada sekalipun ianya tidak konsisten dan diragui keikhlasannya kerana ketiadaan kata sepakat dalam menjawab isu yang kini yang dilihat semakin meruncing.





Tiada ulasan: