Jumaat, 11 Januari 2013

LAPORAN POLIS TIDAK MENGUBAH APA APA

Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) membuat laporan polis semalam bagi menentang penganjuran perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat esok.

Dalam kenyataan pihak Polis kelmarin ada menyebut, sebarang bantahan oleh orang ramai atau mana mana badan kerajaan mahupun bukan kerajaan boleh dibuat di IPD Dang Wangi.

Disini Sangkakala nak tanya sikit, berapa banyak laporan polis dibuat semasa himpunan BERSIH? Ada apa apa tindakan ke dari pihak Polis?

Jadi Sangkakala nasihatkan, tak perlu kita buat laporan Polis, kita biarkan saja ianya berlaku kerana sudah menjadi lumrah adat Melayu sekarang, cabut keris sarung balik mohon maaf, melayu bacul yang ada dalam Kementerian Dalam Negeri tu elok ditukarkan jawatan kepada Menteri Amaran Malaysia.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa itu sedikit sebanyak memberi kesan, namun bagi Sangkakala ianya bukan memberi kesan tapi meletihkan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: