live streaming / siaran langsung

Jumaat, 4 Januari 2013

KENAPA TIADA MELAYU DIPILIH DALAM JAWATANKUASA PUSAT DAP

Kita semua telah mengetahui bahawa semua calon Melayu dalam pemilihan Ahli jawatankuasa Pusat DAP kalah dengan undi yang cukup memalukan.

Tapi perkara itu ditutup oleh DAP dengan melantik orang Melayu sebagai Naib Pengerusi Jawatan Kuasa Pusat.

Tahukah kita atau sedarkah kita bahawa setiap perlantikan boleh digugurkan pada bila bila masa dan ini membuktikan bahawa DAP cuba bermain secara selamat.

Melayu dalam DAP amat berbangga dengan perlantikan ini namun mungkin secara tidak sedar mereka telah digula gulakan dimana mereka yang dilantik ini terpaksa menjadi pak turut dan sekiranya membangkang, nasib mereka sudah pastilah menjadi malang apabila di pecat dari jawatan yang mereka sandang sekarang.

Adakah melayu ini sedar diri merak sedang dipermainkan oleh DAP khususnya legasi anak beranak Lim Kit Siang dengan Karpal Singh?

Sudah sudah la tu, jangan mimpi disiang hari, DAP tidak akan memberikan kuasa kepada melayu untuk memerintah.

Mereka lebih rela untuk memberikan kuasa sementara kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kerana Anwar sendiri mempunyai masalah moral dan peribadi yang mana ianya nanti akan menjadi senjata DAP untuk merampas kerusi dalam Parlimen.

Sedar lah Melayu DAP, diri anda sedang di lelong dalam senyap oleh tangan tangan rakus pemimpin DAP.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: