Jumaat, 11 Januari 2013

KARPAL MENGAMUK DENGAN TENGKU AZIZ

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mencabar Pengerusi parti DAP supaya membawa apa yang didakwa oleh beliau ke mahkamah.

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya seperti yang tersiar dalam artikel bertajuk DAP's Triumph of Chauvinistic Will (Kejayaan Semangat Cauvinis DAP).

Nampaknya Tunku Aziz telah sedar bahawa perjuangan DAP selama ini adalah retorik dan mirip kearah parti Cauvinis.

Karpal yang dikatakan berang dengan kenyataan Tunku Aziz yang mana beliau mengatakan bahawa Karpal melarang ahli ahli serta pemimpin parti tersebut dari menerima darjah kebesaran.

Tunku Aziz mengulangi apa yang pernah dikatakan oleh Karpal semasa PAS menyatakan pendirian untuk menjadikan negara ini kepada negara Islam iaitu 'langkah mayat saya dulu' jika meminta beliau menarik semula kenyataan tersebut.




Tiada ulasan: