Khamis, 10 Januari 2013

DEWAN ULAMA ATAU PRESIDEN LEBIH BERKUASA

Mungkin ahli ahli PAS kini keliru dengan parti yang mereka sertai, yang presiden bermesyuarat capai kata sepakat bahawa isu penggunaan kalimah Allah boleh digunapakai oleh orang bukan Islam, yang Ketua Dewan Ulama pula mengatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk orang Islam.

Jadi siapa yang lebih mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan sama ada ianya boleh atau tidak bagi pihak PAS?

Sangkakala pun rasa pelik dengan parti yang tidak konsisten dalam mencapai kata sepakat, selalunya akan ada percanggahan dalam PAS dam mencari jalan penyelesaian.

Bagi Sangkakala, tidak ada gunanya PAS menggunakan slogan membangun bersama islam sekiranya satu kalimah tidak mereka dapat pertahankan.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP yang lebih berkuasa dalam PAS. Bukan dewan ulama ataupun presiden.