Khamis, 10 Januari 2013

APA ABANG JAMIL BUAT SELAMA NI


Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat langsung tidak mengeluarkan apa apa kenyataan berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang sedang hangat di permainkan oleh DAP pada ketika ini.

Sangkakala ingat lagi semasa Allahyarham Tan Sri Hamid Othman menjadi Menteri di potfolio yang sama, belai akan mempertahankan kesucian agama Islam sekiranya ada orang orang bukan Islam cuba untuk memperkotak katikkan kesucian agama Islam.

Tapi Menteri Agama yang ada sekaraang ni mungkin lebih mementingkan jawatan di bahagian dan tidak mempedulikan apa akan jadi pada negara serta agama Islam di negara ini.

Sangkakala rasa lebih baik Jamil Khir letak jawatan sekiranya takut untuk bersuara, janganlah hanya nak jdai glamor sebagai menteri, berikan pada orang lain yang lebih berani untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Atau boleh juga Sangkakala cadangkan untuk Datuk Seri Jamil Khir jadi juri bagi slot rancangan TV 'Menuju Ke Bintang' dah tentu lepas tu akan glamor macam pelakon atau penyanyi di negara ni.



psstt..Sangkakala takkan kompromi dengan orang yang tak berani bersuara untuk menegakkan kebenaran....







Tiada ulasan: