Sabtu, 12 Januari 2013

ANWAR MENGAMUK SELEPAS PERHIMPUNAN RAKYAT

Anwar Ibrahim hari ni pasti akan merasa kecewa setelah target yang dipinta langsung tidak kesampaian walaupun 10 peratus.

Hari ini juga kita telah melihat bahawa pihak keselamatan telah menjalankan tugas dengan penuh berhemah apabila tiada langsung kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun itu juga adalah salah satu dari kekecewaan mereka yang hadir, sebenarnya mereka yang datang pada hari ini mengharapkan sesuatu yang lebih hebat berbanding apa yang berlaku pada himpunan BERSIH 3.0 tahun lalu.

Rata rata yang datang dan hanya berkumpul mendengar amanat usang kepimpinan Pakatan merasa bosan dan mula meninggalkan stadium tidak berapa lama selepas ucapan dimulakan. (Gambar 1)

Mungkin sudah jadi amalan pengikut pakatan, mereka inginkan susana menjadi panas dan ada juga yang cuba cuba untuk melakukan provokasi terhadap pasukan Polis di Dataran Merdeka. (Gambar 2)

Pun begitu, pihak polis melakukan sikap tidak melatah seperti mana yang dilakukan oleh pasukan itu semasa himpunan BERSIH pada april 2012.

Agaknya bosan selepas provokasi mereka tidak menjadi di Dataran Merdeka mereka mereka ini bersurai akhirnya dan pergi ke Stadium.

Sangkakala sempat mengambil gambar seorang peserta yang mungkin sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan anggota FRU namun hasratnya itu tidak kesampaian kerana tidak ada kelihatan walau sebuah pun trak FRU yang diletakkan disekitar kawasan himpunan. (Gambar 3)

Itu tandanya kerajaan ini kita lebih bersikap terbuka kepada orang orang yang ingin berdemo namun apa yang berlaku hari ini jelas memperlihatkan bahawa pengikut Pakatan sendiri sudah mula muak dan jelak dengan perhimpunan perhimpunan yang dilakukan oleh Pakatan.


pssttt..dah makin tenggelam nampaknya suara pakatan ye...





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: