Isnin, 28 Januari 2013

ALHAMDULILLAH USTAZ NASHA TERLEPAS DARI BAI'AH GILA PAS

Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini juga bermakna Ustaz Nasha telah terlepas dari bai'ah menceraikan isteri serta harta benda haram seumur hidup.

Dengan tidak mencalonkan beliau, sudah pasti seorang lagi pemimpin PAS terlepas daripada cerai taklik terhadap isteri yang selama ini bertungkus lumus membantu dalam segala hal.

Sangkakala melihat bahawa dengan pemergian Ustaz Nasha ke Gaza bersama sama Perdana Menteri baru baru ini telah mendapat keberkatan dari Allah dimana Allah SWT telah menunjukkan hidayahNya kepada Ustaz Nasha.

Mungkin sebab itu juga, Ustaz Nasha kelihatan tenang apabila menerima berita walaupun tidak secara rasmi akan pemecatan beliau dari ahli Majlis Syura PAS.

Ketenangan beliau juga pasti akan terlihat apabila mendapat berita bahawa beliau tidak lagi dicalonkan sebagai wakil rakyat mewakili PAS.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Xpas berkata...

setuju! jawatan bukan keuntungan tp amanah dan tanggungjwb serta bebanan di akhirat. yg ikhlas tentu dibantu Tuhan, yg tidak jwblah sendiri nanti!