Khamis, 10 Januari 2013

TAKKAN SERIBU HARGA PISAU.NET

DAP mengumumkan bahawa mereka akan membayar RM1000 kepada sesiapa yang mengetahui serta memberi maklumat tentang penulis laman blog pisau.net.

Apa DAP ingat RM1000 tu besar sangat ke? Ingat penulis penulis laman blog proBN akan berpaling tadah dengan memberi maklumat tentang penulis ni pada DAP?

Haha..Sangkakala rasa DAP silap percaturan agaknya, penulis blog bukan bernilai seribu, malah penulis blog ini bagi Sangkakala tidak ada nilai wang yang mampu untuk membeli mereka, termasuklah Sangkakala.

Lagi pun apa la sangat seribu tu berbanding dengan tanah 10 ribu ekar lebih yang dianugerahkan kepada DAP Perak, baru RM 0.10 seekar, tak jadi apa bagi DAP.

Jangan anggap kami akan bekerjasama setelah melihat tawaran tersebut, kerana wang seribu tu bukanlah nilai seorang pejuang, tapi kalau blogger pro pembangkang mungkin dah terbeliak biji mata.

Kami akan terus berjuang hingga DAP lenyap dari bumi Malaysia dan seperkara lagi, penulis pisau.net tidak mudah untuk dikesan dan untuk makluman juga, Sangkakala yang menjadi penulis blog ni pun tak tau siapa dia, jadi lupakanlah hasrat untuk mencari siapa penulis ni ye.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: