live streaming / siaran langsung

Sabtu, 12 Januari 2013

MAMPUKAH #KL112 MENGIKUT ARAHAN POLIS ESOK

Pihak stadium Merdeka telah memberi syarat kepada penganjur perhimpunan #kl112 esok yang mana sekiranya kehadiran melebihi dari 30'000 orang maka pihak stadium tidak akan memberikan kebenaran kegunaan stadium tersebut.

Pihak Polis pula telah memberikan pilihan kepada pihak penganjur untuk mengadakan himpunan esok di Stadium Bukit Jalil yang mana pihak pengurusan stadium tersebut juga telah memberikan kebenaran.

Jika kehadiran esok melebihi kapasiti stadium merdeka, mampukan pihak penganjur mengikut arahan pihak polis untuk berpindah lokasi?

Sudah pasti tidak dan sekiranya perkara ini terjadi, pihak polis akan dipersalahkan walaupun pihak polis hanya memberikan kebenaran berpandukan dari syarat syarat yang dikenakan oleh pengurusan premis yang akan digunakan.

Jadi untuk makluman semua, sekiranya esok terjadi perkara perkara yang tidak sepatutnya, ini semua berpunca daripada pihak penganjur yang gagal untuk mematuhi syarat syarat yang diberikan oleh pihak Polis.

Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah:
1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Jadi esok kita lihat sama ada mereka mampu atau tidak untuk mengikut segala syarat yang ditetapkan dan jangan pula esok mereka masih menyalahkan pihak Polis atas sebab sebab yang mereka sendiri lakukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: