Jumaat, 11 Januari 2013

KETUA PEMUDA SEPUTEH KATA PENGIKUT PAS SYIRIK

Perjumpaan dengan Sdr Razlan pada malam ini agak mengejutkan Sangkakala apabila beliau mengatakan bahawa semua pengikut Presiden serta Mursyidul Am PAS yang menyokong bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah syirik.

Beliau juga berkata Dewan Pemuda PAS yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengikut Presiden dalam menangani isu tersebut juga adalah syirik.

"Saya berani mengatakan bahawa mereka mereka ini adalah syirik berpandukan dari apa yang pernah dikeluarkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang mengatakan sekiranya kita membenarkan penggunaan perkataan Allah kepada bukan Islam adalah syirik" ujar beliau.

Kata Razlan lagi, "Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pula mengatakan beliau tidak pandai dalam bab agama jadi beliau mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh Presiden, ini bermakna Presiden PAS telah membuatkan Timbalannya seorang yang syirik kerana beliau tahu tentang agama".

"Oleh itu saya menyeru kepada seluruh umat islam termasuk dari dalam PAS supaya tidak ikut syirik dengan menyokong penggunaan perkataan Allah ini oleh orang bukan Islam." Kata beliau lagi.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: