Rabu, 9 Januari 2013

BILA AGAMA DIPOLITIKKAN SEMUA JADI HALAL

Apa bila agama dibawa kedalam politik, maka semua perkara menjadi halal, itu lah yang telah terjadi pada hari ini dimana mesyuarat tertinggi Pakatan Pembangkang telah bersetuju penggunaan perkataan Allah digunakan oleh orang bukan Islam dinegara ini.

Apa yang menyedihkan ialah, PAS yang menjadi pejuang kepada agama Islam kononnya juga bersetuju dengan penggunaan tersebut.

Jika satu perkataan yang amat besar maknanya kepada umat Islam dinegara ini tidak mampu dipertahankan oleh PAS, adakah PAS berupaya untuk mempertahankan agama Islam secara keseluruhannya nanti?

Itu tidak mungkin terjadi kerana PAS pada hari ini dilihat hanya mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dan juga Lim Kit Siang dan perkara ini juga pernah disuarakan bekas EXCO kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali satu masa dulu yang membawa kepada pemecatan beliau dari dalam PAS.

Cuba kita bayangkan adakah ini perjuangan sebenar PAS di dalam Islam? Dimana kelebihan agama Islam sekiranya perkataan ini boleh diguna pakai dengan sewenang wenangnya?

Mungkin PAS pada hari ini lebih memikirkan kuasa untuk memerintah dimana mereka tidak sedar bahawa mereka hanyalah suara kecil didalam pakatan rakyat.

Jika PAS sudah tidak mampu untuk mempertahankan perkataan Allah ini, Sangkakala rasa ianya perlu diserahkan kepada umat Islam sendiri untuk memilih sama ada kita juga bersetuju dengan apa yang telah mereka persetujui ataupun sebaliknya.

Bagi Sangkakala, sekiranya orang melayu Islam dinegara ini terus memberikan undi kepada pakatan pembangkang ini, maka kita juga secara tidak langsung bersetuju untuk meperjudikan agama kita iaitu Islam.

Jadi fikir fikirkan lah..





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: