Jumaat, 11 Januari 2013

PAKATAN MAHU NAMA DALAM USAHA KERAJAAN

Pakatan rakyat hari ini mendedahkan bahawa kerajaan mewajibkan untuk menjemput wakil rakyat atau wakil daripada Barisan Nasional semasa pemberian bantuan persekolahan 1Malaysia di sekolah sekolah.

Agak kelakar juga Sangkakala dengar pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ni, memang le panggil wakil dari kerajaan, takkan nak panggil wakil pembangkang pula sedangkan pemberian tersebut adalah hasil usaha dari kerajaan Barisan Nasional dalam menghargai Rakyat yang memberikan keuntungan kepada negara dan kerajaan mengongsikan keuntungan itu semula bersama sama dengan rakyat.

Sangkakala rasa mungkin ada wakil rakyat dari Pakatan merasakan bahawa mereka perlu untuk diberi peluang dalam menyampaikan sumbangan tersebut, dan Sangkakala nasihatkan mereka sekiranya teringin untuk bersama sama dalam memberikan bantuan, apa kata kalau mereka menyertai Barisan Nasional.

Kenyataan yang dibuat oleh pembangkang ini dilihat kena pada muka mereka sendiri dimana kerajaan Selangor yang diperintah oleh mereka tidak atau belum lagi melunaskan janji mereka semasa pilihanraya yang lepas.

Dan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berjanji untuk itu dan ini dalam apa juga bentuk semasa pilihanraya namun semua kenikmatan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Inilah kerajaan yang menepati kehendak rakyat dalam menjaga kebajikan seluruh rakyat dalam negara tanpa mengira kaum dan bangsa mahupun agama.


psstt..kerajaan pakatan cemburu le tu reputasi BN dah naik.









Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: