Sabtu, 1 Jun 2013

RED BEAN ARMY SUDAH DAPAT DIKESAN . SIAP SEDIA LAH !!!

Pihak polis dikatakan sudah dapat mengesan beberapa individu yang dikaitkan dengan Red Bean Army yang mana mereka ini dikatakan cuba mencetuskan huru hara dan menggugat keselamatan negara.

Antara mereka yanh terbabit dikatakan adalah seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Taiwan dan menjalankan perniagaan elektronik dan menjadi pengasas bagi syarikat berkenaan.


Jadi adakah selepas ini Red Bean akan mengugut pihak polis pula untuk menakut nakutkan pasukan tersebut daripada menangkap mereka.

Ada lebih kurang 30 orang yang terlibat sebagai tentera cyber Red Bean Army walaupun terdapat beratus ratus akaun facebook, twitter dan sebagainya yang digunakan oleh mereka ini.

Pihak polis menjangkakan bahawa tangkapan akan dibuat secepat mungkin dan dalang bagi semua kegiatan ini akan didakwa.

Jadi persoalannya ialah, bagai mana Lim kit Siang boleh mengatakan bahawa mereka (DAP) tidak terbabit dan beliau sendiri tidak tau tentang Red Bean Army ni?

Sikit hari je lagi tempoh untuk Red Bean Army melakukan kerja kerja mereka dan mereka ini apabila ditangkap sudah pasti akan memecahkan rahsia siapa di sebalik Red Bean Army. 

Untuk itu kita lihat sahaja nanti siapa yang bakal didakwa kerana cuba mencetuskan kerisauan dikalangan masyarakat atas perlakuan yang dibuat oleh mereka ini.