Sabtu, 15 Jun 2013

#505 #tolakPR ANAK ANAK MUDA YANG TAK TAHU DIUNTUNG

Beberapa orang peserta telah ditangkap dalam himpunan yang diadakan di kompleks perniagaan SOGO Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Antara mereka yang ditahan oleh pihak polis sebentar tadi termasuklah Safwan Anang.

Menurut pihak polis, mereka didakwa kerana mengganggu ketenteraman awam dan pihak polis pada awalnya telah memberikan amaran supaya mereka bersurai namun mereka berdegil.

Jadi faham faham sajalah kalau dah degil tu kena la tangkap dan jangan le pulak nak salahkan mana mana pihak. 

Di Balai Polis Jalan Dang Wangi tempat dimana mereka ditahan.

Di balai polis juga terjadi kekecohan dimana ada peserta yang memaki pihak polis..nanti Sangkakala upload video dimana seorang unit amal telah memaki anggota polis di balai.