Selasa, 25 Jun 2013

@NajibRazak WARGA INDIA PEROLEHI KP DENGAN MENIPU

Sangkakala terbaca dalam twitter yang telah di ulang tweet oleh Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor tentang artikel yang dikeluarkan dalam portal Daily Express yang mana portal tersebut dalam artikelnya ada menyebut tentang seorang warga India yang memperolehi kad pengenalan Malaysia pada tahun 1984 di Sabah sedangkan beliau baru sahaja datang ke negeri tersebut.

Peer Mohammed Kadir yang dilahirkan di Chennai India dikatakan telah memperolehi kad pengenalan tersebut dengan bantuan bapa saudara beliau disiasat oleh pihak RCI mengatakan bapa saudara beliau memperolehkan kad pengenalan tersebut dengan menggunakan surat akuan sumpah.

Beliau juga dikatakan telah menganggotai pasukan ikatan relawan rakyat Malaysia dan pernah mengundi beberapa kali serta beliau juga adalah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Sangkakala rasa mesti pembangkang mengatakan bahawa ianya menunjukkan bahawa itu adalah salah kerajaan Malaysia yang telah memberikan kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia yang sah.

Cuma ada satu yang pembangkang terlepas pandang jika mereka menyalahkan pihak kerajaan dalam isu tersebut dimana, dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa pakcik kepada Peer Muhammed menggunakan surat akuan sumpah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi pihak beliau.

Tetapi adakah surat akuan sumpah tersebut dibaca isi kandungannya? Dan adakah surat akuan sumpah tersebut di bawa sekali semasa sessi soal siasat dijalankan? Sudah pasti ianya tidak dibawa dan tidak ditunjukkan oleh Peer Muhammed kepada pihak RCI kerana perkara tersebut telah berlaku hampir 20 tahun lalu.

Sangkakala dapat mengagak apa isi kandunagn surat akuan sumpah tersebut dimana kemungkinan besar dalam surat akuan sumpah itu ada menyebut bahawa pakcik kepada Peer Muhammed telah mengatakan bahawa beliau (Peer) telah lahir di Sabah dan tidak didaftarkan kelahiran beliau di negeri tersebut, dan perlu kita ingat bahawa dalam tahun 1984 sistem talian terus atau online system masih belum wujud lagi apatah lagi ianya berlaku di Sabah.

Jadi untuk menguatkan hujah pakcik kepada Peer Muhammed bahawa Peer lahir di Sabah beliau perlu membuat surat akuan sumpah dan apabila surat tersebut diperolehi maka pihak jabatan pendaftaran mempunyai keyakinan yang kukuh dan bukti sahih bahawa Peer lahir di Malaysia.

Ini juga bermakna bahawa pakcik kepada Peer Muhammed telah menipu pihak kerajaan dengan mengadakan surat akuan sumpah tersebut dalam usaha untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.

Dalam sisatan tersebut juga, hanya dikatakan bahawa beliau mendapatkan kad pengenalan tersebut dengan surat akuan sumpah tetapi beliau tidak sesekali menyebut bahawa beliau mendapatkan kad pengenalan tersebut menggunakan kabel atau kenalan seperti menteri atau sebagainya.

Jadi disini Sangkakala lihat ianya tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan pihak kerajaan dalam isu tersebut dan orang yang paling tepat untuk dipersalahkan dan didakwa mengikut peruntukan undang undang yang ada adalah pakcik kepada Peer Muhammed yang mana secara jelas beliau yang telah memanipulasi surat akuan sumpah untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.

Jadi Sangkakala menyarankan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan keatas bapa saudara Peer (sekiranya masih hidup) dan perkara ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan kewarganegaraan Peer boleh ditarik semula oleh pihak kerajaan.

Walaupun beliau dikatakan telah beberapa kali keluar mengundi, namun itu tidak boleh membuktikan bahawa beliau mengundi pihak kerajaan, dan ada kemungkinan beliau mengundi pakatan pembangkang kerana undi itu adalah rahsia setiap individu dan siapa pun tidak boleh untuk mengesahkan perkara tersebut.

Dan kepada pembangkang, Sangkakala nak nasihatkan, kalau nak buat pertuduhan tu agak agak la sikit, jangan main terjah semacam je.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: