Ahad, 16 Jun 2013

#505 #tolakPR AMBIGA HINA AGUNG ??? SPR TAKKAN UNDUR !!!

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga hari ini menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka.

Dimana kesilapan yang dilakukan oleh SPR? Kerana tidak memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang? Itu ke yang dikatakan kesilapan? Maruah diri bagaimana yang dimaksudkan oleh Ambiga? Adakah kakitangan serta kepimpinan SPR hanya akan mempunyai maruah sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya? Dan adakah maruah mereka kembali jika mereka menipu dengan memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang?

Bercakap dalam Malaysiakini petang semalam, Ambiga mengatakan bahawa kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat, dan Sangkakala lihat itu adalah kenyataan bangang daripada seorang peguam yang mana kerjaya beliau adalah satu kerjaya bertaraf profesional.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pesuruhjaya SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan sudah pasti keyakinan oleh rakyat diberikan kepada Baginda selaku ketua negara, dan apa yang Sangkakala nampak, Ambiga seolah olah menidakkan juga kepercayaan rakyat kepada Yang DiPertuan Agung, ini sudah boleh dikira sebagai menghina Baginda.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu yamg mengulangi bahawa pesuruhjaya SPR tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu, dan itu adalah kenyataan yang amat tepat memandangkan kuasa lantikan pengerusi dan ahli lembaga SPR terletak dalam kuasa Yang DiPertuan Agung, dan jika pengerusi SPR meletakkan jawatan atas desakan dari pembangkang, ini bermakna SPR dikuasai pembangkang dan bukannya Yang DiPertuan Agung selaku ketua negara.

Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agung.

Jadi disitu jelas menunjukkan bahawa pembangkang tidak mempunyai apa juga alasan untuk mendesak pengerusi SPR serta anggota jawatankuasa untuk meletakkan jawatan.