Ahad, 9 Jun 2013

MAKIN HARI MAKIN MELAMPAU PUAK NI

Semakin hari Sangkakala tengok dah makin melampau puak puak yang salah gunakan laman facebook ni, segala macam penghinaan dilakukan keatas pemimpin dan juga agama Islam dilakukan.

Semalam didedahkan seorang lagi pengguna laman facebook yang menggunakan nama Calvin Gani yang dikesan mengeluarkan kenyataan menghina Nabi didalam lama facebook miliknya.

Apakah kita hanya mahu mendiamkan diri setelah apa yang berlaku ini? 

Tapi yang menghairankan pula ialah, puak pembangkang hanya membatukan diri tanpa berkata apa apa pun, apakah mereka ini tidak mempunyai perasaan marah atau rasa tercabar?

Seperti kenyataan yang menghina Agung baru baru ini, ada pula peguam dari PAS mengatakan bahawa penangkapan mereka sipelaku adalah tidak sah, dan bila ada cadangan untuj menggubal akta derhaka pula, mereka mengatakan bahawa ianya tidak mengikut apa yang diamalkan dinegara ini iaitu kebebasan bersuara.

Memang Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tetapi masih ada had dan batas batasnya.

Yang diPertuan Agung adalah pemerintah tertinggi negara dan menjadi ketua agama Islam di negara ini, dan sebagai pemerintah tertinggi serta bebas politik,  maka adalah tidak sepatutnya jika rakyat jelata menghina Baginda.

Mereka yang menghina Yang DiPertuan Agung harus di kenakan tindakan yang sewajarnya kerana dengan mengihan Yang DiPertuan Agung ianya sama dengan menghina seluruh orang orang Melayu di seluruh negara.