Rabu, 19 Jun 2013

#505 #tolakPR HUSAM DIPERLEKEH AHLI SENDIRI

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak menempelak  Naib Presiden PAS yang mengatakan bahawa pemimpin yang tidak turut sama hadir dalam himpunan adalah pengkhianat dengan mengatakan bahawa pengkhianat sebenar ialah mereka yang mengikut kata atau telunjuk parti lain.

Apa dah jadi ni? Adakah Husam kini sudah dilihat sebagai liabiliti dalam PAS sampai orang sendiri pun kata macam tu?

Yang sebenarnya ramai ahli PAS dah mula muak dwngan Husam Musa dan tambahan pula beliau kalah dalam pertarungan semasa pilihanraya yang lepas.

Satu lagi, ternyata disini ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yany tidak setuju dengan himpunan tersebut dan cuma Husam sahaja yang dilihat beriya iya untuk mencari publisiti dengan cara murahan begitu.

Dengan mengeluarkan kenyataan bahawa syahid sekiranya pergi berhimpun di himpunan blackout505 juga jelas menunjukkan bahawa Husam adalah ajen bagi parti lain dan bukannya PAS. 

Ini mungkin jalan penghujung bagi Husam dalam politik PAS, dan tidak mustahil jika dalam pemilihan parti nanti Husam akan kecundang ditendang keluar dari kepimpinan PAS pusat.