Selasa, 18 Jun 2013

#505 #tolakPR HUSAM GANTI HADI

Kalau dulu Haji Hadi mengeluarkan amanat yang mengatakan bahawa sekiranya mati dalam menentang UMNO maka seseorang itu dikira syahid, kini Husam Musa pula mengeluarkan kenyataan bahawasanya yang keluar dalam himpunan 'blackout 505' juga syahid jika terkorban.

Kenyataan atau amanat Haji Hadi telah memperlihatkan kematian telah berlaku di Memali yang melibatkan para pengikut ustaz Ibrahim Libya beserta dengan beliau sekali.

Apakah begitu mudah untuk mendapat kematian yang dikira syahid oleh PAS hanya dengan menentang kerajaan dan melakukan kekerasan?

Persoalan lain yang perlu dipertanyakan kepada para pengikut PAS, adakah tuduhan gangguan bekalan elektrik tersebut benar benar berlaku? Atau ianya hanyalah satu pembohongan untuk mempergunakan mereka supaya berhimpun di jalanraya?

Jika perkara tersebut benar benar belaku sekali pun, perlukah para pengikut PAS mengikut kata kata Ambiga yang mengatakan bahawa cara untuk menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini melalui himpunan dan demonstrasi di jalan jalan raya?

Dan yang terakhir sekali, dimana kesahihan fatwa yang dikeluarkan oleh Husam Musa sekiranya mereka mengikut telunjuk Ambiga yang terang terang adalah kafir serta orang yang ingin memperjuangkan murtad di dalam negara ini yang diiktiraf sebagai negara Islam oleh negara negara Islam yang lain?

Bagi Sangkakala tidakkan syahid kematian seorang Islam yang melakukan kekerasan untuk menumbangkan sebuah kerajaan dan apatah lagi sekiranya mereka mengikut telunjuk kafir harbi seperti Ambiga.

Beberapa orang alim Ulama termasuk dari PAS juga telah mengatakan bahawa haram sekiranya seseorang islam itu melakukan keganasan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi adakah perkara haram itu menjadi kesukaan kepada pengikut PAS?

Persoalan persoalan ini harus dijawab oleh para pengikut PAS supaya mereka lebih matang dalam mengikut aliran politik semasa, jangan hanya dengan cara membuta tuli dan hanya mengikut kata kata orang yang mahu menjahanamkan negara.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: