Rabu, 19 Jun 2013

#505 NIK ABDUH SEMAKIN SESAT

Makin lama Sangkakala lihat semakin jauh sesatnya puak PAS ni, Sangkakala terbaca tweet daripada Nik Abduh yang merupakan anak Mursyidul Am PAS yang mengatakan Allah SWT sebagai Presiden beliau.


Takkan kerana terlalu taksub sampai sanggup menyamakan Allah dengan Presiden kerana kalau mengikut apa yang Sangkakala tau, Presiden adalah lantikan manusia kepada manusia dan sama juga seperti Presiden PAS yang dipilih oleh pengikut.

Tapi tak tau le pulak kalau dalam fahaman PAS,  Allah itu dilantik oleh manusia sebagai Tuhan.

Dan pernah juga satu ketika dulu Nik Abduh mengatakan bahawa Allah mengarahkan PAS untuk menjadi pemerintah di dalam negara dan oleh itu mereka (PAS) perlu berjuang ke arah itu.

Na'uzubillah..apa nak jadi dengan anak Nik Aziz ni? 

Tapi dalam satu lagi tweet beliau ada pulak mengatakan begini..


Pelik dia ni kan? Kata Pakatan Pembangkang takkan jadi macam pembangkang di Mesir, tapi dalam masa yang sama ajak para pengikut pergi ke himpunan tu.

Yang mana satu agaknya pegangan PAS ni?

Para pengikut PAS perlu lebih berfikiran waras, bukan hanya mengikut membabi buta tanpa usul periksa.