Rabu, 26 Jun 2013

@NajibRazak NAZRI AZIZ JANGAN SESEKALI MELAMPAUI BATAS

Sangkakala terkejut juga bila mendapat gambar yang menunjukkan Datuk Seri Nazri Aziz memberikan isyarat lucah semasa gambar beliau diambil selepas majlis angkat sumpah ahli parlimen kelmarin.

Mula mula Sangkakala rasa agak kurang yakin dengan apa yang Sangkakala lihat dan Sangkakala mengatakan bahawa ianya adalah gambar yang telah di edit oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi setelah melihat gambar yang telah di analisa oleh seorang rakan blogger Sangkakala maka keyakinan bahawa gambar tersebut adalah sahih dan ianya bukanlah superimpose seperti yang Sangkakala sangkakan.


Sebagai anak jati negeri Perak..Sangkakala berasa malu kerana memiliki seorang ahli parlimen seperti ini yang mana bagi Sangkakala sikapnya agak keterlaluan..sebagai seorang menteri..sepatutnya Datuk Seri Nazri memiliki sifat matang dan profesional bukannya seperti orang yang tiada moral.

Tapi ye lah..selama menjadi menteri pun Sangkakala tidak melihat dimana kekuatan DS Nazri memimpin mana mana kementerian atau badan atau agensi melainkan tiada penglibatan secara langsung dari beliau sendiri.

Sebagai contoh..apabila beliau memegang jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri serta diberikan mandat untuk menjaga perundangan..Sangkakala tidak nampak dimana jasa beliau. .peguam negara gagal membawa kes kes untuk didakwa kerana tiadanya penglibatan DS Nazri sebagai menteri yang menjaga portfolio tersebut. .beberapa kes besar juga dilihat bebas begitu sahaja.

Lagi sekali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan diberi portfolio untuk menjaga parlimen. .sampai Namewee boleh melangkah masuk ke parlimen dengan hanya memakai seluar jeans serta baju T..dan kalau orang orang lain sudah tentu akan dihalau keluar dari parlimen mentah mentah. 

Cuma Nazri dilihat sebagai orang uang brutal kononnya tapi bagi Sangkakala itu bukanlah satu kebanggaan bahkan menjadi satu keaiban kerana memiliki seorang menteri seperti ini.

Bukan sahaja masalah di kementerian yang tidak selesai..masalah anak beliau sendiri yang didakwa pernah memukul orang satu masa dulu dan heboh diperkatakan juga adalah berpunca dari beliau sendiri kerana kegagalan dalam membentuk anak supaya menjadi orang yang berguna.

Tak cukup dengan itu..sikap beliau sendiri yang dikatakan terlalu open membuatkan orang berasa jelak dengan apa yang dilakukan oleh beliau..ini bukanlah bermakna Sangkakala membenci Nazri..tapi sikap beliau selama ini cukup membuatkan Sangkakala berasa malu untuk mengakui bahawa Sangkakala adalah anak jati negeri tersebut.

Ingatlah Datuk Seri..kemenangan Datuk Seri adalah kerana rakyat..kalau rasa nak jadi brutal Sangkakala tak kisah..tapi pandai pandailah untuk mengeluarkan diri dari arena politik lepas tu jadi lah brutal sebrutal brutalnya..takkan ada sesiapa yang nak marah.