Gambar hiasan |
Pengusaha pengusaha ini dilihat semakin hari semakin melampau dengan meminta kenaikan yang tidak munasabah dan terlalu berat hinggakan mereka seolah olah akan menjadi lintah darat apabila menjelang perayaan dengan menaikkan harga tambang.
Setahu Sangkakala, kenderaan kenderaan ini (bas) diberikan subsidi seperti bahan api dan tol untuk memungkinkan mereka mendapat keuntungan namun ianya seolah olah masih belum mencukupi dan memang sudah menjadi adat dan lumrah manusia yang mahukan keuntungan berlipat kali ganda.
Di sini Sangkakala ingin memberikan nasihat kepada SPAD supaya tidak terlalu tunduk atas desakan yang dilakukan oleh PMBOA yang kini aktif mendesak kerajaan untuk menunaikan tuntutan mereka.
Untuk jangka masa panjang, Sangkakala ingin memberikan cadangan agar semua permit bas yang gagal untuk memberikan perkhidmatan ditarik balik dan ini disebabkan oleh kerana mereka tidak memberikan perkhidmatan kepada rakyat seperti yang sewajarnya.
Dan untuk menyelesaikan perkara tersebut, Sangkakala rasa perlu ada sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan bagi mengendalikan bas ekspress untuk keperluan dan penggunaan rakyat dimasa akan datang.
Bukan niat untuk menutup periuk nasi mana mana pihak tetapi Sangkakala rasa ianya adalah sesuatu yang diperlukan kerana pengusaha pengusaha bas ekspress ini melihatkan bahawa mereka tidak memounyai saingan hebat dalam menentukan tambang bas.
Mungkin boleh juga diadakan bas ekspress 1Malaysia atau BE1M yang mungkin boleh memberikan saingan kepada pengusaha pengusaha bas ini dan dengan itu kenaikan yang mereka tuntut tidak akan berjalan.
Seperti yang Sangkakala pernah keluarkan unjuran mudah bagi keuntungan sebuah syarikat bas ekspress baru baru ini, ianya perlu dilakukan oleh kerajaan.
Kalau dulu kita mempunyai syarikat bas MARA kini ianya telah ditukar kepada transnasional dan syarikat ini pada hemat Sangkakala perlu diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan perkara tersebut dengan syarat kerajaan sentiasa memantau perjalan bas agar penumpang berasa selamat dan selesa.
Ramai dikalangan pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan akan menyewa bas bas persiaran dan bas sekolah dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan berlebihan tetapi adakah bas bas ini selamat kerana daripada apa yang Sangkakala perhatikan, bas bas yang disewa ini kebanyakkannya tidak mempunyai permit atau kelulusan dari mana mana pihak berwajib untuk mengangkut penumpang atau orang awam, dan disini yang Sangkakala ingin persoalkan dimana penguatkuasaan undang undang oleh SPAD.
Ini bukan satu fitnah, Sangkakala sendiri pernah mengalami perkara tersebut semasa ingin menuju ke Sg Petani dimana pengusaha bas ekspress ini telah menaikkan penumpang di tempat lain kerana takut untuk menaikkan penumpang di Puduraya.
Cuba bayangkan jika terjadi satu kejadian yang tidak diingini semasa dalam perjalanan, apa yang akan berlaku dan jika ianya melibatkan kematian atau kecederaan siapa yang akan dipersalahkan.
Ini semua perlu diambil kira dan bukannya dipandang sambil lewa ibarat kata pepatah 'SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH'.
Jadi kepada pihak kerajaan, fikirkan sesuatu secepat mungkin agar perkara ini tidak berlanjutan dan seperti yang Sangkakala katakan tadi, lupakan tuntutan yang dikemukakan oleh PMBOA ini dan mulakan dengan satu langkah baru dengan mewujudkan sebuah syarikat bas ekspress yang betul betuk membantu rakyat.