Khamis, 6 Jun 2013

NIK AZIZ TINGGALKAN BATU

Apa dah jadi dengan batu batu asa yang diletakkan oleh Nik Aziz semasa jadi Menteri Besar dulu ni?

Takkan batu hanya tinggal batu atau dah jadi macam si tanggang yang menjadi batu.

Kalau dulu gah sangat nak bina itu dan ini letak batu asa merata rata sampai dah nak jadi macam tugu negara dibuatnya di Kelantan tu.

Apa pula kata Menteri Besar baru Kelantan? Ada tak kata nak sambung lagi batu tu untuk dilaksanakan sebagai projek genuine atau akan dibiarkan berlumut disitu?

Agaknya tunggu la sampai PRU 14 nanti, bila dah dekat nanti insyaallah akan ada lagi batu batu yang seumpama berhala di Kelantan akan dipacakkan.

Sehingga itu kita tengok la apa nak jadi di Kelantan, apa batu yang ada lagi nanti, batu jade ke batu geliga ke, atau batu bata je yang tinggal.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: