Sabtu, 29 Jun 2013

@NajibRazak APA KELAYAKKAN AZEEZ RAHIM SEBAGAI CEO TABUNG HAJI ???

Dato Abd Azeez Abd Rahim atau Azeez Putra atau Azeez Gaza atau apa juga Azeez sekali pun dikatakan akan menyandang jawatan CEO Tabung Haji.

Hebat Azeez Rahim ni, tapi tak kisah lah sebab jasa beliau sebagai pemimpin juga tidak kurang hebatnya, tambahan pula beliau adalah salah seorang ahli lembaga dalam Tabung Haji sejak tahun 2011 hingga kini.

Azeez juga menyandang dua jawatan penting dalam anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC sebagai Pengerusi serta ahli lembaga pengarah Theta Edge Berhad sejak tahun 2012.

Jadi tidak mustahil beliau juga mempunyai pengalaman sebagai orang penting dalam pengurusan di Tabung Haji.

Kalau nak diikutkan jasa dan bakti beliau dalam kemasyarakatan, rasanya apa yang dilakukan oleh Azeez tidak mampu dilakukan oleh semua orang dan dengan beberapa misi penting yang dilakukan dengan jayanya oleh beliau jelas juga membuktikan Azeez amat komited dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.

Sebagai contoh, Azeez yang pernah Sangkakala temui satu masa dulu semasa merasmikan mesyuarat pemuda bahagian (rahsia) selepas beliau balik daripada misi kemanusiaan di Jepun selepas di landa tsunami yang mana sebuah loji nuklear yang berada dalam keadaan bahaya pada ketika itu, namun Azeez masih sanggup untuk menawarkan diri pergi memberikan bantuan bagi pihak kerajaan Malaysia.

Dalam pertemuan singkat Sangkakala dengan Azeez, beliau sempat menceritakan tentang beberapa operasi dan Sangkakala sempat bertanya secara bergurau apa yang beliau inginkan sebenarnya dengan memberikan bantuan tersebut? Beliau dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa beliau terpanggil untuk memberikan khidmat kerana memikirkan yang diberi bantuan atau diselamatkan itu juga adalah manusia seperti kita dan kita perlu merasakan sekiranya kita duduk ditempat mereka.

Begitu juga dengan bantuan kemanusian bencana Tsunami di Aceh satu masa dulu, beliau pernah menceritakan bahawa Aceh kelihatan seperti padang jarak padang terkukur yang mana dapat dilihat mayat masih bergelimpangan dan hampir membusuk di beberapa kawasan.

Jadi Sangkakala berkeyakinan dengan jasa dan khidmat yang beliau telah tunjukkan dalam setiap operasi tersebut, adalah amat layak untuk meletakkan beliau dalam menggalas tanggungjawab di Tabung Haji.

Tapi jangan le pulak jadi macam Supol yang berada di sebelah Perdana Menteri sekarang ni, langsung tiada pengalaman tapi dah diberikan jawatan tinggi dalam pejabat Perdana Menteri pula tu.

Berbeza dengan Azeez yang tidak menggunakan kabel dalaman, Supol yang menjadi kemegahan Presiden perbadanan Putrajaya sekarang menggunakan kekuatan BIN beliau untuk mendapat jawatan tinggi.

Tahniah kepada Datuk Azeez yang akan menjawat jawatan CEO di Tabung Haji dan insyaallah, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: