Ahad, 9 Jun 2013

@NajibRazak RAMAI TAK BERKENAN DENGAN KHAIRUN ASEH NI

Sangkakala tengok sejak akhir akhir ni Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ni,  Dato Khairun Aseh kerap dihentam dan Sangkakala juga tak terlepas mengutarakan bantahan terhadap perkara yang di utarakan oleh kebanyakan blogger yang bertungkus lumus membantu kerajaan dalam memastikan kemenangan kerajaan.


Ramai yang mengatakan bahawa Khairun menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik tersebut kerana kekuatan bapa beliau yang menjadi Presiden Perbadanan Putrajaya iaitu Tan Sri Aseh Che Mat. 

Blogger Kedah Ke KL pun dapat melihat bahawa Khairun tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian tersebut dan persoalannya dimakah beliau pada ketika itu?

Ada juga yang mengatakan bahawa Khairun tak berapa selesa apabila YAM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertanding sebagai ahli parlimen Putrajaya,  betul ke macam tu?

Kalau betul begitu, adakah Khairun cuba untuk memboikot calon pilihanraya dengan tidak membantu apa apa seperti yang sepatutnya dilakukan oleh ahli UMNO. 

Kalau benar begitu, agak susah juga kedudukan Perdana Menteri kerana memilih orang ini sebagai Setiausaha Politik. 

Sepatutnya Perdana Menteri bertanya dahulu kepada Tengku Adnan yang juga merupakan setiausaha agung UMNO dan sudah pastilah menjadi orang kepercayaan beliau di dalam parti. 

Cuba buka di SINI untuk bacaan lanjut