Rabu, 12 Jun 2013

#505 US PANTAU KEGIATAN PEMBANGKANG ???

DAP dah mula pulak mengatakan bahawa mereka risau jika semua perbualan atau dokumen dokumen yang mereka hantar melalui email menggunakan enjin yahoo atau Google akan dipantau atau dirisik pihak Amerika kerana kedua dua enjin carian tersebut kononnya di negara itu.

Kenapa DAP nak risau pasal tu pulak? Bukakah Anwar selama ini meminta supaya Presiden Amerika, Barack Obama mengisytiharkan bahawa pilihanraya di negara ini tidak sah dan ianya perlu diadakan semula?

Takkan DAP tidak percaya dengan Anwar yang mempunyai hubungan baik dengan Amerika kononnya untuj menyelesaikan perkara tersebut. 

Jika kita tidak melakukan penyelewengan, maka perasaan takut atau risau itu tidak perlu kita tanamkan dalam hati kita kerana tiada apa yang perlu ditakutkan dan tidak akan ada apa dokumen yang boleh diambil oleh mana mana pihak sekali pun dan jika mereka berjaya juga memperolehinya, ianya juga tidak mengapa sebab tiada apa yany tidak betul berlaku. 

Dengan kebimbangan DAP ini seolah olah tidak mempercayai hubungan Anwar dengan pihak AS dan ianya juga seolah olah melihatkan bahawa mereka ada melakukan sesuatu yang mungkin tidak betul ddan sebab itu juga DAP risau hingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.