Isnin, 10 Jun 2013

#505 #pru13 GUAN ENG MENGUNDI LEBIH DARI SEKALI

Satu persatu perkara yang dibangkitkan oleh Guan Eng dan pakatan pembangkang dalam mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan, hari ini pula Guan Eng telah meminta lapiran kesihatan yabg menunjukkan dakwat kekal mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan kerana kandungan kimianya yang boleh membuatkan dakwat itu kekal.

Apa yang menjadi persoalan ialah, adakah Guan Eng setelah berjaya menanggalkan dakwat tersebut mengundi lebih dari sekali? Berapa ramai yang berjaya berbuat begitu?


Setahu Sangkakala,  semasa Sangkakala mengundi baru baru ni, ada wakil calon diletakkan di setiap saluran peti undi, semua maklumat tentang pengundi yang membuang undi akan diberitahu kepada semua wakil calon dan disitu wakil calon akan memotong nama dalam seranai pemilih dan Sangkakala percaya jika ada pengundi yang tiada rekod atau rekodnya telah dipotong, maka mereka tidak lagi boleh mengundi.

Jadi disini apa masalah kalau dakwat tersebut tidak kekal selama seminggu? Jika ianya kekal sehingga pukul 5 petang juga sudah memadai dan cukup untuk tidak membolehkan mereka membuang undi sekali lagi.

Alasan Guan Eng adalah alasan yang paling bodoh pernah dilakukan oleh seorang pemimpin pembangkang, dengan meminta laporan kesihatan dari kementerian Kesihatan sudah jelas membuktikan bahawa Guan Eng tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian tersebut. 

Apakah lapiran tersebut terlalu penting bagi Gaun Eng? Sedangkan yang meminta supaya penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya adalah pembangkang sendiri dan serelah ianya digunakan pelbagai perkara dilakukan oleh mereka.  Tapi kenapa pembangkang tidak mahu menggunakan kaedah imbasan cap jari dalam pilihanraya yang lalu kerana imbasan cap jari adalah lebih canggih dari pada dakwat kekal.

Itulah mentaliti pembangkang yang akan terus terusan menyalahkan kerajaan dalam semua aspek dan perkara.