Rabu, 19 Jun 2013

KHAIRUN ASEH DALAM PERHATIAN

Baru baru ni banyak yang Sangkakala tulis tentang Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Khairun Aseh yang dikatakan akan bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Tapi sejak dua tiga hari ini Sangkakala senyap sedikit tentang beliau, ada pulak blogger yang kata dia dah kawtim dengan Sangkakala dan apa lagi, maka bergembiralah blogger tersebut yang telah menerima imbuhan dan menghantarkan laporan kepada TUANNYA iaitu Khairun dengan mengatakan bahawa Sangkakala mulai sekarang akan senyap.

Tapi sangkaan berkenaan adalah amat tidak tepat kerana untuk mengetahuan, Sangkakala kini sedang dalam pengumpulan maklumat tentang diri Khairun.

Bukan bermakna Sangkakala tidak tahu siapa beliau, tetapi Sangkakala kini sedang mengumpulkan bukti bukti kukuh yang mampu untuk menggegarkan beliau seterusnya pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Al maklumlah sekarang ni kan Khairun sedang berasa amat selesa walaupun tidak menjalankan amanah di bahagian, tapi masih mampu untuk duduk di sebelah Perdana Menteri.

Jadi kepada Khairun, Sangkakala ucapkan selamat bersenang lenang buat sementara waktu ini dan tunggulah lebih banyak kisah tentang Dato' nantu ye.

Sangkakala akan bongkarkan sampai macam mana Sangkakala keluarkan arikel kurap Tian Chua nanti.


pssssttt..jangan selesa sangat bro..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: