Ahad, 23 Jun 2013

#blackout505 #kl622 SINDROM PENAT ATAU MELUAT

Anwar Ibrahim hari memberi amaran bahawa sindrom penat sedang melanda pemimpin pakatan pembangkang..tapi apa yang Sangkakala lihat hanyalah sindrom meluat dengan janji janji yang telah diberikan oleh Anwar selama ini kepada mereka.


Semenjak tahun 2008 semasa selepas pilihanraya umum ke 12..Anwar asyik menjanjikan bahawa beliau akan membawa pakatan pembangkang menjadi kerajaan atau dengan kata lainnya pembangkang akan merampas Putrajaya daripada UMNO dan Barisan Nasional. 

Namun janji tinggal janji hinggalah kita semua dapat menyaksikan beberapa himpunan diadakan oleh pajatan pembangkang yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim namun masih lagi tidak berjaya untuk menakluki Putrajaya sehingga kini.

Mugkin ada di kalangan pemimpin pakatan pembangkang sudah mula nemikirkan masa depan mereka sekiranya masih lagi menjadi pengikut seperti lembu di cucuk hidung oleh Anwar..mereka tidak akan kemana mana..hanya mendapat makian dari rakyat yang sudah mula menyampah dengan apa yang mereka (pembangkang) lakukan selama ini.

Dan kini ternyata yang penat adalah Anwar dan yang orang meluat pun adalah Anwar.