Ahad, 16 Jun 2013

@NajibRazak @aduanSPAD DIMANA RUGINYA PENGUSAHA BAS ???

Sangkakala tengok dan baca dalam Malaysiakini baru baru ni ada tertera satu artikel tentang kenaikan harga tambang bas yang dituntut sehingga 30% oleh pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan nanti.

Bukankah kerajaan telah menetapkan bahawa kenaikan 10% pada musim perayaan diberikan dari dulu lagi untuk membolehkan syarikat bas membuat sedikit keuntungan semasa musim perayaan?

Dengan menaikkan harga tambang bas rasanya akan lebih membebankan tambahan lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai tanggungan.


Memang dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPAD mengatakan bahawa ianya akan dikaji tetapi seperti yang telah sudah,  tuntutan seperti ini akan mendapat perhatian kononnya situasi menang dan menang atau win win situation akan digunapakai. 

Kalau digunakan situasi tersebut maka tuntutan sebanyak 30% akan menjadi 15% dan ianya masih lagi naik sebanyak 5% dari kadar yang telah diberikan selama ini.

Adakah benar dakwaan pengendali bas ekspress bahawa mereka mengalami kerugian dan ini adalah masa untuk mereka mengaut keuntungan?

Sangkakala tidak nampak kebenarannya disitu kerana dulu Sangkakala juga pernah mengendalikan bas ekspress bersama sama pakcik saudara Sangkakala. 

Baik, disini Sangkakala akan terangkan mengikut kadar semasa tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kangar (tambang transnasional).

Dewasa RM 44.50
Kanak kanak RM 34.20

Bas 40 penumpang perlu mengira pendapatan bas selama setahun kerana jika dikira pendapatan bulanan memang akan melihatkan bahawa mereka akan kurang mendapat keuntungan.

1 tahun = 365 hari.

Jumlah hari cuti dalam Malaysia dan jadual bas yang sentiasa penuh.

Sabtu dan ahad 104 hari
Hari raya puasa 14 hari (sebelum dan selepas)
Hari raya haji 3 hari (sebelum dan selepas)
Tahun baru cina 14 hari (sebelum dan selepas)
Deepavali 3 hari ( sebelum dan selepas)
Kristmas 3 hari (sebelum dan selepas)
Lain lain cuti 14 hari

Jumlah cuti setahun 155 hari yang bas sudah pasti penuh.

Pendapatan pada hari cuti dan kelepasan am
Tambang dewasa RM 45.50 x 30 x 155 hari = RM 211'575.00
Tambang kanak kanak RM 34.20 X 10 X155 hari = RM 53'010.00

365 hari - 155 hari =210 hari (hari biasa)

Tambang dewasa RM 45.50 × 20 x 210 hari = RM 191'100.00
Tambang Kanak Kanak RM 34.20 x 5 x 210 = RM 35'910.00

Jumlah Pendapatan hari biasa = RM 227'010.00
+Jumlah pendapatan hari cuti =RM 264'585.00

Jumlah pendapatan kasar RM 491'595.00

Kos perbelanjaan bagi setahun perjalanan bas pula begini..

Diesel RM 400 x 365 hari = RM 146'000.00
Tol RM 200 x 365 hari = RM 73'000.00
Pemandu RM 400 x 365 hari = RM 146'000.00
Lain lain setahun RM 50'000.00

Jumlah kos RM 415'000.00


Jumlah pendapatan RM 491'595.00
Tolak kos RM 415'000.00

Jumlah pendapatan bersih RM 76'595.00

Itu pendapatan bagi sebuah bas dan jika seorang pengusaha mempunyai 10 buah bas ekspress maka pendapatan beliau mencecah ke RM 765'950.00

Jika ditambah dengan 10% semasa musim perayaan, maka pendapatan untuk sepanjang tahun seorang pemilik atau pengusaha bas mampu memperolehi pendapatan mencecah ke angka RM 800'000.00 setahun.

Jadi disini Sangkakala nak tanya, dimana kata rugi tu? Kalau pendapatan boleh mencecah hingga RM 800'000 dibahagi dengan 12 bulan maka sebulan pendapatan bagi seorang pengusaha bas purata sebanyak RM 66'666.66.

Dan jika pengusaha tersebut tidak mempunyai 10 buah bas ekspress dan Sangkakala ibaratkan mereka mempunyai 3 buah bas, maka pendapatan mereka sebulan sebanyak RM 19'999.89.

Adakah itu masih lagi dikira rugi? Hingga mereka masih meminta kenaikan lagi? Kepada kerajaan, jangan bebani rakyat sehingga satu masa rakyat mengatakan bahawa ssudahsampai masanya penukaran kerajaan dilakukan.