Khamis, 13 Jun 2013

@NajibRazak KHAIRUN TAK HADIR MESYUARAT BAHAGIAN

Hari ni bahagian Putrajaya mengadakan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Bahagian, dan seperti biasa, semua ahli jawatan kuasa hadir untuk mesyuarat tersebut.

Tapi dalam ramai ramai tu, tak nampak pula muka Dato Khairun Aseh yang kini menjadi Supol Perdana Menteri, sibuk sangat ke kat pejabat PM tu?

Dengar cerita bukan kali ni je khairun tak datang, tapi dah banyak kali mesyuarat yang gagal dihadiri oleh beliau tanpa sebarang sebab.

Mungkin kali ni Khairun sibuk sebab melayan tetamu di pejabat sepertimana beliau menyambut tetamu dari kalangan keyua pemuda cawangan baru baru ni.

Mesyuarat Jawatan Kuasa pun bukanlah dibuat di luar Putrajaya, kalau di luar tu mungkin juga ada sedikit kesukaran bagi Khairun untuk hadirkan diri.

Ini rupa nak jadi Ketua Pemuda Bahagian? Atau nak jadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Atau ada kemungkinan khairun merasakan bahawa setelah memegang jawatan Supol, maka jawatan Ahli Jawatan Kuasa bahagian sudah tidak mempunyai harga atau nilai lagi.

Ye lah, dah duduk sebelah Perdana Menteri, takkan nak duduk di meja Ahli jawatan kuasa, tapi kalau ini amalan yang dibuat atau dilakukan oleh Khairun, maka kemana pula hala tuju pemuda bahagian Putrajaya nanti?

Kalau dah nak duduk mesyuarat pun susah, adakah permasaalahan pemuda akan dapat dibawa ke peringkat bahagian?

Perlu diingat disini, permasaalahan pemuda bahagian biasanya akan diselesaikan di bahagian, dan takkan perkara sebegitu Khairun nak bawa ke meja Perdana Menteri.

Kalau bawa pun ianya akan memalukan ketua bahagian itu sendiri atau mungkin Khairun memang ada niat untuk malukan ketua bahagian? Ye lah, masa ketua bahagian bertanding sebagai ahli parlimen pun, mana ada khairun turun ke padang membantu jentera.

Agak agak la sikit kan, sibuk macam mana pun, luangkanlah masa untuk mesyuarat, baru boleh maju ke hadapan sebab akan dapat maklumat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: