Ahad, 9 Jun 2013

SIAPA EUGENE TEH NAK MELEBIHI @ZahidHamidi ???


Sangkakala dengar semalam ada satu pelancaran kempen memerangi jenayah di KLCC dan ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Bagus juga program sebegitu diadakan cuma dalam pengisian program tu ada uang tak kena Sangkakala dengar dan ini diperkuatkan lagi dengan penulisan rakan blogger Sangkakala, Rezqeenhill yang mengatakan Datuk Seri Zahid Hamidi di sailang dalam program tersebut.

Dari apa yang Sangkakala baca melalui penulisan beliau (Rezqeen), Sangkakala rasa ada benarnya kalau situasi tersebut berlaku dalam program sebegitu tambahan pula ianya dibuat di sebuah tempat yang agak eksklusif yang sudah pastinya dihadiri oleh ribuan orang dan Sangkakala sendiri semalam berada di program tersebut lebih kurang jam 4 petang tapi terlepas pula acara perasmian program.

Daripada penulisan Rezqeen, Sangkakala dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena, bukanlah Sangkakala berniat untuk menghentam mana mana pihak, tapi daripada apa yang ditulis oleh Rezqeen, Sangkakala rasa ianya tidak patut berlaku kerana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keselamatan negara berada di tempat program. 

Apa yang Sangkakala dengar, Datuk Seri Zahid Hamidi sepatutnya berucap dalam majlis tersebut tetapi ianya tidak berlaku sebegitu, apa yang berlaku ialah selepas sahaja ucapan daripada Eugene Tan berucap terus sahaja Perdana Menteri memberikan ucapan dan Datuk Seri Zahid dibiarkan begitu sahaja.

Takkan Eugene selaku orang yang memegang jawatan sebagai pengarah nkra PEMANDU dan Pengerusi United Againts Crime tak tau protokol dalam majlis rasmi? Kalau Menteri yang bertanggungjawab tidak diberikan peluang untuk berucap, baik tak payah panggil Menteri tersebut.


Apa agenda Eugene yang sebenarnya? Adakah beliau cuba untuk menunjukkan kehebatan beliai dihafapan Perdana Menteri? Ini perlu dijawab oleh Eugene sendiri ataupun kita minta supaya Perdana Menteri sendiri bertanya kepada Eugene, kenapa perkara ini boleh berlaku.

Berbalik kepada program semalam, Sangkakala lihat ianya tidak sehebat mana pun sebab Sangkakala sendiri yang biasanya aktif dalam program tidak mempunyai apa apa perasaan untuk bersama sama dalam program tersebut dan apa yang Sangkakala lihat semalam ianya sebagai satu program biasa yang tidak memberikan apa apa kesan atau impact kepada masyarakat. 

Apa yang Sangkakala lihat semalam ada beberapa program seperti pertunjukkan seni mempertahankan diri, cabutan bertuah dan beberapa program kanak kanak tadika.

Kenapa Sangkakala kata program kanak kanak tadika? Sebab program yang ada semalam Sangkakala lihat macam tu, cabutan bertuah menjadi agenda utama dan hadiah berupa ipad juga disediakan dan apa yang menariknya pula ialah sekiranya anda sudah pulang maka penganjur akan menelefon anda untuj menerima hadiah tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa program itu kurang mendapat perhatian kerana tiada orang akan menunggu hingga selesai program, apa yang berlaku ialah kehadiran yang datang semalam hanyalah kehadiran sambil lalu atau secara tidak sengaja.

Berbalik kepada ucapan tadi, sepatutnya sebagai seorang pegawai yang ada di Pejabat Perdana Menteri (PEMANDU) Eugene Tan lebih mengetahui protokol dan bukannya menunjuk nunjuk di hadapan Perdana Menteri bahawa beliau hebat dalam mengadakan program.

Tapi Sangkakala juga dengar sebab Datuk Seri Zahid Hamidi tidak diberikan ruang untuk berucap adalah kerana tindakan tegas yang diambil oleh Datuk Seri Zahid keatas penjenayah atau pengkhianat dan juga kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Zahid semenjak memegang jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. 

Kalau benar itu menjadi punca, maknanya Datuk Seri Zahid telah berjaya membuat satu transformasi dalam memerangi jenayah hingga nak diberikan ruang untuk berucap juga disekat kerana kelantangan beliau.

Dan ini membuatkan Sangkakala rasa bangga apabila ada Menteri yang berani bersuara serta mengambil tindakan serta menguatkuasakan undang undang negara,  dan Sangkakala yakin serta percaya  bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Zahid akan mencapai matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah dalam negara walaupun ada suara suara sumbang dan tangan tangan hitam cuba untuk menghalang perkara tersebut.

Kepada Perdana Menteri, Sangkakala harap agar pegawai pegawai sebegini diberikan tunjuk ajar yang lebih baik supaya sikap hormat menghormati di kalangan pemimpin kerajaan dapat dikekalkan kerana jika kita tidak menghormati sesama kita mana mungkin ada pihak lain yang akan menghormati kita pula.

Lagi cerita program tersebut di SINI